Respon Soalan - Pemilihan Saiz
September 18th, 2008 by SharifahKebiasaannya material untuk kemeja batik adalah kain sutera jacquard (standard kualiti pemakaian batik Malaysia). Kami mengikut piawaian yang ditentukan berkaitan pemakaian batik. Sekiranya tempahan untuk kos yang rendah ianya boleh dibuat daripada kain fuji atau rayon ( untuk uniform/pakaian seragam)
Tempahan pemilihan saiz boleh dibuat dan pihak kami akan menguruskannya dengan kilang. Kemeja batik yang kami display adalah sebagai contoh untuk tempahan boleh dilakukan. Atau pihak klien boleh emailkan contoh baju serta corak yang mereka kehendaki, pihak kami sedia uruskan.
Begitu juga dengan saiz-saiz istimewa, nyatakan ukuran bahu, labuh baju serta panjang lengan, itu saja yang diperlukan. Sekiranya ada pilihan corak dan warna sila nyatakan bersama. Untuk tempahan biasanya tempoh penghantaran adalah lebih kurang seminggu berbanding dengan produk yang sudah sedia ada hanya dalam tempoh 2 hingga 3 hari.
Bajet Untuk Baju Batik Anda?
September 14th, 2008 by SharifahPembelian melalui internet adalah mudah dan murah tapi pada setengah orang ada pandangan berbeza takut kena tipu…walau apa pun dengan revolusi teknologi komunikasi masa kini maka e-shopping tidak ketinggalan mengorak langkah seiring menyahut cabaran globalisasi. Jimat belanja jimat masa.
Cerita harga baju batik, harga berbeza-beza terpulang pada jenis materials, proses buatan dan juga warna yang digunakan. Jenis materials adalah dari kain sutera tulin ( ada 1st dan 2nd class), sutera rayon, fuji, dan juga cotton(kapas). Biasa yang standard adalah dari sutera tulin untuk pakaian rasmi. Sutera rayon dan Fuji kadang kala digunakan untuk buat uniform kerana kosnya agak murah. Tapi ada juga peniaga batik yang guna kain sutera rayon untuk kain pasang wanita /kemeja lelaki kerana kalau kurang arif dengan kain batik ia mungkin terbeli dengan harga tinggi. Biasanya sutera rayon ianya agak nipis, ringin dan senang berkedut. Kain Fuji ula biasanya untuk pakaian yang agak kasual seperti kaftan, blouse, kemeja (uniform), pario dll.
Wajib Baju Batik Hari Khamis Kepada Kakitangan Awam
August 29th, 2008 by LabanonPada setiap hari Khamis, semua pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam dikehendaki memakai baju batik buatan Malaysia. Berikut cabutan dari dokumen fail pdf dari laman web JPA Malaysia:
( JPA(S)TT. 193/37 Klt.5(38) Siri No. )
SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2008
PEMAKAIAN PAKAIAN BATIK MALAYSIA OLEH PEGAWAI AWAM PADA HARI KHAMIS
TUJUAN
1. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menyampaikan keputusan Kerajaan mengenai kewajipan memakai pakaian batik oleh pegawai awam pada setiap hari Khamis.
LATAR BELAKANG
2. Dalam usaha menyokong perkembangan dan pembangunan industri batik negara yang merupakan warisan dan identiti negara, Kerajaan telah memutuskan supaya pakaian batik Malaysia dipakai oleh pegawai awam pada hari pertama dan hari ke-15 setiap bulan melalui Surat Edaran JPA(S)TT. 193/37 Jld.4 (86) bertarikh 30 Jun 2005. Arahan ini juga dijelaskan di perenggan 4, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006 iaitu mengenai fesyen pakaian batik Malaysia alternatif pegawai lelaki.
3. Untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan pemakaian batik Malaysia oleh pegawai awam, Kerajaan telah bersetuju supaya arahan tersebut dipinda sewajarnya.
Selamat Datang Ke Blog GaleriBatik.Com
August 13th, 2008 by LabanonAssalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana akhirnya berjaya siap juga blog GaleriBatik.com ini. Saya telah mengupah programmer Malaysia sendiri untuk menyiapkan theme bagi blog GaleriBatik.com ini iaitu encik Bob. Apa-apaun saya berharap agar kami Team FlareBiz & bersama partner kami iaitu Kak Pah akan mampu menyajikan sesuatu yang istemewa buat penggemar-penggemar batik di alam maya ini.

Sebenarnya kami masih lagi merangka apakah yang akan dimuatkan dalam blog ini agar blog ini akan sentiasa dikunjungi. Saya rasa blog ini akan menjadi satu medium membina kredibiliti untuk meyakinkan bakal pembeli batik kami. Setiap kali ada stock baru yang akan masuk nanti, insyallah kami akan buat post di sini agar anda mengetahui apakah berita terkini tentang GaleriBatik.com.
GaleriBatik.com kini dalam proses “reborn” dimana sebelum ini kami menghadapi sedikit masalah dengan stock dan alhamdulillah dapat diatasi dengan cepat dan berkesan oleh Kak Pah. Kami akan menyediakan kepada anda batik yang berkualiti, bermutu, cantik, anggun dan bergaya buat anda semua. Oh ya, jika anda ingin mengetahui berita terkini tentang GaleriBatik.com terus ke emel, anda boleh mendaftar dengan kami menggunakan form di atas.
Anda hanya perlu mengisi nama dan emel. Selepas ini, saya akan menghantar kepada anda berita-berita terkini dan mungkin juga kupon diskaun buat anda untuk “shopping” di GaleriBatik.com. Saya rasa itu sahaja sebagai pembuka bicara. Pasti anda sentiasa alert dengan GaleriBatik.com.
p/s: Tinggal sikit komen membina buat kami. Atau anda mempunyai apa-apa cadangan bolehlah nyatakan diruangan komen.
Tak sangka betul... baju yang saya tempah sampai dalam masa sehari sahaja! Memang power la GaleriBatik.com nie...